Dengarkan kami


Ini hal penting..

Monday, February 19, 2007

Apabila kita 'gagal' cari dan perbaiki 'akar' masalah remaja

BOLEH dikatakan isu-isu yang berkaitan dengan remaja sudah puas disenaraikan dan dikupas serta proses mencari huraiannya berterusan hingga ke saat ini.

Malangnya, kita masih belum berhasil sepenuhnya mencari satu formula berkesan lagi menyeluruh.

Baru-baru ini pula, kita disajikan dengan sebuah rancangan berbentuk infodrama yang mengetengahkan isu-isu remaja.

Pelbagai pendekatan digunakan bagi meredakan atau membendung isu-isu remaja daripada merebak. Sayangnya, pada masa yang sama, kita sebenarnya tanpa disedari 'gagal' melihat punca atau akar kepada terbentuk nya pendedahan remaja ini kepada sesuatu masalah.

Maksudnya, mana mungkin seorang remaja dalam lingkungan belasan tahun tiba-tiba terjebak dalam masalah sosial seperti bersikap biadab terhadap ibu bapa, pulang lewat malam, bergaul bebas tanpa batasan atau melakukan seks rambang.

Pastinya, proses 'negatif' ini perlu melalui beberapa tahap sebelum 'meledak'.

Oleh itu, mencari punca dan memperbaiki masalah 'akar' ini sama atau mungkin lebih penting daripada usaha menangani masalah remaja belasan tahun yang kebanyakannya sukar dilentur.

Dalam erti kata lain, perlu diselongkar dulu bagaimanakah keadaan latar belakang keluarga, cara didikan dan proses pembesaran daripada seawal bayi hingga remaja.

Apakah kita lupa bahawa setiap anak adalah 'produk' yang dikeluarkan ibu bapa dan kita yang bertanggungjawab mencoraknya?

Oleh itu, ada baiknya kita mengkaji proses membesarkan dan mendidik anak remaja kita.

Kalau boleh, singkap/kenal pasti setiap masalah atau kegenjotan yang mungkin timbul ke atas anak-anak itu dari masa ke masa.

Ada berpendapat ilmu bagi memantau dan mendidik anak-anak daripada peringkat bayi hingga alam remaja kurang diteroka dan didedahkan kepada ibu bapa.

Sebaliknya, apa yang sering diajar dan didedahkan adalah pendekatan mendidik dengan penuh hikmah, sopan dan sabar agar anak-anak yang bermasalah berjaya dipujuk untuk pulang ke pangkuan jalan.

Selalu juga apabila anak-anak berkelakuan liar dan payah dilentur, ini dikatakan berpunca daripada 'pengaruh' rakan-rakannya.

Namun, hakikatnya, elemen 'pengaruh' inilah yang perlu ada dalam diri ibu bapa agar anak-anak membesar mengikut 'acuan' kemahuan ibu bapa masing-masing.

Mohd Ikhlash Abd

10:05 PM;




Kamu ada kata-kata?

Pergi ke kendian
February 2007
March 2007
May 2007

Kumpulan kami

viewing


Nur Aslam
5N1, Bola sepak dan Track&Feild.


Zairulnisham
5N1, NPCC


Noor Jahan Begum
5N2, Bola jaring dan Symphonic Band

*gambar*
Marinah btw Abdul Rashid
5N2, Red Cross