Ini hal penting..
Jawapan akan diberi 2 minggu kemudian. Sesiapa yang ingin menjawab, tolong tuliskan di dalam kertas dan hantarkan kepada Aslam sebelum akhir minggu depan, terima kasih.
Acara tinggal di rumah kaum lain antara kegiatan baru CEP Zainul: Program diperluas demi jalin hubungan mendalam By Halifi Hussin PROGRAM Mendekati Masyarakat (CEP) akan diperluas merangkumi program tinggal di rumah (homestay), lawatan ke rumah dan selain lawatan mengenali budaya. Mengumumkan ini, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, berkata peluasan itu penting bagi membantu masyarakat Singapura menjalin tahap keselesaan antara kaum yang lebih mendalam selain mewujudkan keharmonian dan perpaduan kaum. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa lawatan mengenali budaya ke Kuil Thian Hock Keng di Telok Ayer Street, semalam. Lawatan itu disertai Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, serta sekitar 50 kakitangan, sukarelawan dan peserta kursus bahasa Mandarin Yayasan Mendaki serta kursus serupa anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI). Ia anjuran SCCCI dan Persekutuan Persatuan Suku Cina Singapura (SFCCA). Peserta lawatan diberi taklimat oleh anggota persatuan suku Cina Hokkien Huay Kuan Singapura tentang agama serta adat resam masyarakat Cina semasa perayaan Tahun Baru Cina. 'Kami akan lakukan lebih banyak lagi bagi CEP dan ini telah dirancang oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, Encik Chua Thian Poh (presiden SCCCI) serta anggota SCCCI dan SFCCA,' kata Encik Zainul. Menurut beliau, program tinggal di rumah telah pun dimulakan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Northeast. Di bawah program itu, para pelajar diundang tinggal bersama keluarga daripada kaum berlainan demi memupuk persefahaman lebih baik. 'Mendalami budaya asing bukan setakat mengenakan pakaian tradisi mereka. Kita perlu mengambil langkah selanjutnya untuk mewujudkan tahap keselesaan yang lebih mendalam melalui program tinggal di rumah itu. 'Melalui program itu, mereka dapat memahami tentang kehidupan harian serta kepekaan kaum lain. Ini dapat membantu menimbulkan persefahaman lebih baik dan mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum,' ujar Encik Zainul.
BOLEH dikatakan isu-isu yang berkaitan dengan remaja sudah puas disenaraikan dan dikupas serta proses mencari huraiannya berterusan hingga ke saat ini. Malangnya, kita masih belum berhasil sepenuhnya mencari satu formula berkesan lagi menyeluruh. Baru-baru ini pula, kita disajikan dengan sebuah rancangan berbentuk infodrama yang mengetengahkan isu-isu remaja. Pelbagai pendekatan digunakan bagi meredakan atau membendung isu-isu remaja daripada merebak. Sayangnya, pada masa yang sama, kita sebenarnya tanpa disedari 'gagal' melihat punca atau akar kepada terbentuk nya pendedahan remaja ini kepada sesuatu masalah. Maksudnya, mana mungkin seorang remaja dalam lingkungan belasan tahun tiba-tiba terjebak dalam masalah sosial seperti bersikap biadab terhadap ibu bapa, pulang lewat malam, bergaul bebas tanpa batasan atau melakukan seks rambang. Pastinya, proses 'negatif' ini perlu melalui beberapa tahap sebelum 'meledak'. Oleh itu, mencari punca dan memperbaiki masalah 'akar' ini sama atau mungkin lebih penting daripada usaha menangani masalah remaja belasan tahun yang kebanyakannya sukar dilentur. Dalam erti kata lain, perlu diselongkar dulu bagaimanakah keadaan latar belakang keluarga, cara didikan dan proses pembesaran daripada seawal bayi hingga remaja. Apakah kita lupa bahawa setiap anak adalah 'produk' yang dikeluarkan ibu bapa dan kita yang bertanggungjawab mencoraknya? Oleh itu, ada baiknya kita mengkaji proses membesarkan dan mendidik anak remaja kita. Kalau boleh, singkap/kenal pasti setiap masalah atau kegenjotan yang mungkin timbul ke atas anak-anak itu dari masa ke masa. Ada berpendapat ilmu bagi memantau dan mendidik anak-anak daripada peringkat bayi hingga alam remaja kurang diteroka dan didedahkan kepada ibu bapa. Sebaliknya, apa yang sering diajar dan didedahkan adalah pendekatan mendidik dengan penuh hikmah, sopan dan sabar agar anak-anak yang bermasalah berjaya dipujuk untuk pulang ke pangkuan jalan. Selalu juga apabila anak-anak berkelakuan liar dan payah dilentur, ini dikatakan berpunca daripada 'pengaruh' rakan-rakannya. Namun, hakikatnya, elemen 'pengaruh' inilah yang perlu ada dalam diri ibu bapa agar anak-anak membesar mengikut 'acuan' kemahuan ibu bapa masing-masing.

Nur Aslam
5N1, Bola sepak dan Track&Feild.

Zairulnisham
5N1, NPCC

Noor Jahan Begum
5N2, Bola jaring dan Symphonic Band
*gambar*
Marinah btw Abdul Rashid
5N2, Red Cross